Kekalahan Manchester United Di Malaysia Jadi Bualan Dunia
MakanBola
Manchester United

Kekalahan memalukan Manchester United di tangan ASEAN All-Stars pantas menjadi bualan peminat bola sepak dunia.

United terpaksa menelan kepahitan apabila tewas tipis 1-0. Pemain sayap Lamphun Warriors, Maung Maung Lwin muncul wira ASEAN All-Stars dengan meledakkan gol pada minit ke-71.

Sebaik keputusan perlawanan diumumkan, ia mula tersebar terutama dalam kalangan media antarabangsa.

Salah satu daripadanya ialah akhbar Daily Mail. Daily Mail melabel kekalahan United di tangan ASEAN All-Stars sebagai memalukan.

Kekalahan tersebut dikatakan turut menarik perhatian penyerang berbisa Liverpool, Mohamed Salah.

Tidak lama selepas keputusan perlawanan disiarkan, Salah memuat naik gambar beliau menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield di X.

Ramai penyokong percaya hantaran tersebut bertujuan menunjukkan beza status Liverpool dan United musim ini.

Kekalahan ini menyaksikan The Red Devils terlepas peluang meraih trofi Maybank Challenge Cup 2025. Kini, United berpeluang meraih satu lagi trofi iaitu Hong Kong Cup.

The Red Devils dijadual bertemu skuad kebangsaan Hong Kong untuk aksi persahabatan pada 30 Mei ini.