Kekasih Pemain Sabah Dilaporkan Teruk Didera
Malaysia
Dr Hana Rose
Advertisements

Kekasih seorang pemain yang beraksi bersama pasukan Sabah FC dilaporkan cedera teruk akibat tindakan ganas pemain tersebut yang bertindak di luar jangkaan.

Beliau yang juga dikenali sebagai Dr Hana Rose itu menjelaskan perkara tersebur di laman Instagram beliau , Dr Hana menjelaskan bahawa kecederaan tersebut adalah berpunca daripada tindakan teman lelakinya.

Beliau sempat menuliskan pesanan untuk mneggambarkan situasi yang dialaminya ketika ini sehingga mengundang respon yang pelbagai daripada netizen.

Advertisements

“Diserang [secara fizikal] oleh lelaki yang saya sayangi. [Yang] dulu berjanji setia selamanya sehingga tua.”

Tindakan teman lelakinya itu telah menyebabkan beliau menerima rawatan susulan selain sudah pun membuat laporan polis bagi siasatan lanjut.

Menjawab kepada beberapa soalan yang diajukan, Dr Hana mengakui bahawa individu ini merupakan seorang ‘family man’ namun sanggup melakukan tindakan sedemikian terhadap dirinya.

Advertisements

Teman lelaki yang dimaksudnya ialah pertahanan kanan Sabah dan juga Harimau Malaya, Rizal Ghazali dengan beberapa hantaran bersama pemain tersebut pernah dikongsikan beliau.

“Terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan orang yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma,” ujar Dr Hana.

Beliau dilihat mengalami kesan-kesan lebam pada bahagian pergelangan tangan dan kuku yang disyaki akibat kekasaran yang dilakukan pemain berusia 29 tahun itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram