Kelab Arab Mahu Selamatkan Masa Depan Bruno Fernandes
Asia
Manchester United
Advertisements

Dengan kedudukan Manchester United yang terumbang-ambing, beberapa kelab Arab Saudi dilaporkan berminat mendapatkan kapten Bruno Fernandes.

Akhbar Manchester Evening News memetik laporan wartawan sukan Dello TV Sport, Rudy Galletti bahawa nama pemain tengah Portugal itu dalam pemerhatian Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi.

PIF merupakan pemilik kepada empat pasukan Saudi Pro League iaitu Al-Nassr, Al-Ittihad, Al-Ahli dan Al-Hilal. Selain itu, mereka juga merupakan pemilik saham majoriti kelab EPL, Newcastle United.

Advertisements

Selepas perpindahan percuma Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr pada Januari lalu, ramai bintang Eropah mengikut jejaknya ke Arab Saudi.

Antara yang berbuat demikian ialah Ruben Neves, Karim Benzema, Kalidou Koulibaly, Sadio Mane, Riyad Mahrez dan Roberto Firmino.

Galetti menjangkakan PIF bakal berhubung dengan kem Fernandes bagi mengetahui sama ada beliau berminat atau tidak berpindah ke Saudi Pro League.

Advertisements

Sekiranya bekas pemain tengah Sporting Lisbon itu berminat, Al-Nassr berkemungkinan menjadi destinasi beliau yang seterusnya.

Ini disebabkan pengaruh Ronaldo yang pernah menjadi rakan sepasukan Fernandes di Old Trafford pada musim lepas.

Begitupun, United dijangka menyekat usaha ini kerana bimbang pemain tengah Portugal itu bakal beraksi untuk Newcastle.

Advertisements

Dengan PIF memiliki semua entiti yang dinyatakan di atas, kelab-kelab EPL bimbang PIF akan menggunakan semua bintang yang berpindah ke Arab Saudi untuk memperkuatkan The Magpies.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram