Dunia
Terengganu FC
Advertisements


Masa depan pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim menjadi tanda tanya semua pihak ketika ini.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara sebahagian daripada 29 orang pemain yang sedang menghadapi perlawanan persahabatan menentang Brunei dan juga Hong Kong.

Prestasi cemerlang pemain bertubuh kecil ini jelas menjadi nadi keampuhan jentera serangan pasukan kebangsaan apabila gerakan lincahnya telah membantu untuk membenam Brunei dengan keputusan 4-0.

Advertisements

Individu yang mesra disap Mickey ini juga memberi impak yang positif apabila menjaringkan satu gol selain melakukan satu bantuan gol dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika dilihat menerusi baki kontraknya bersama kelab yang berpangkalan di pantai timur itu, beliau kini hanya berbaki kurang 6 bulan sahaja dalam kontraknya.

Menurut data yang dipamerkan oleh Transfermrkt.com, pemain ini hanya memiliki baki kontrak sehingga hujung November ini sahaja.

Advertisements

Faisal yang menyertai Terengganu FC pada awal tahun lalu daripada Sri Pahang FC nyata menjadi watak penting untuk pasukan kendalian Nafuzi Zain.

Khidmat beliau sudah pasti diburu oleh kelab-kelab lain memandangkan kualiti yang dimilikinya mampu untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan.

Beliau sudah pun menjaringkan dua gol dalam semua pertandingan domestik ketika ini.

Advertisements
Faisal Transfer Kelab Faisal Halim Seterusnya Jadi Tanda Tanya
Transfermarkt.com
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram