Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco difahamkan menarik minat kelab Korea Selatan untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkemuka tanah air, T. Vineshwaran berkenaan perkembangan pemain kelahiran Australia ini.

Beliau sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk kekal beraksi di Liga Super Malaysia sejak tiba kali pertama pada tahun 2021.

Advertisements

Watak penting The City Boys ini difahamkan menarik minat beberapa kelab luar negara seperti India, Indonesia, Vietnam dan juga kelab divisyen dua Korea.

Walau bagaimanapun, bekas pemain Tottenham Hotspur ini dijangka akan kekal berbakti bersama KL City bagi musim 2024/25.

Advertisements

Sepanjang berada bersama kelab Ibu Kota, Giancarlo telah membantu pasukan untuk mara ke tiga final dalam tempoh tiga tahun.

Kenangan paling manis adalah apabila beliau berjaya membantu pasukan untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun 2021 selain mara ke pentas akhir Piala AFC 2022.

Pada musim lalu, Giancarlo antara pemain paling tinggi minit permainan di Liga Super dengan 1872 minit dan meledak satu gol.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram