Kelab La Liga II, CF Fuenlabrada Berpuas Hati Dengan Prestasi Sikh Izhan
Dunia
Sikh Izhan
Advertisements

Baru-baru ini, penjaga gol muda Selangor,  Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman telah berlepas ke Sepanyol untuk menjalani sesi percubaan bersama kelab La Liga 2, CF Fuenlabrada. 

Menurut kenyataan daripada Sikh, beliau mendapat reaksi yang positif daripada kelab selepas menjalani 7 hari sesi percubaan. Kelab tersebut juga dikatakan berminat untuk melanjutkan tempoh percubaan oleh kerana beliau berjaya menampilkan aksi permainan yang berkualiti. 

Dalam pada itu, pihak Selangor FC bakal adakan perbincangan bersama kelab CF Fuenlabrada mengenai kebenaran untuk melanjutkan lagi sesi percubaan bersama kelab tersebut. Beliau akui gembira dengan peluang yang dimiliki oleh kerana ini adalah salah satu impiannya untuk beraksi di pentas Eropah. 

Advertisements

“Setakat ini saya berlatih bersama pasukan kedua Fuenlabrada. Respon daripada jurulatih sangat memberangsangkan, berkemungkinan mereka mahu saya lebih lama di sini dan hal ini mungkin perlu dibincangkan kepada Selangor dan ejen saya.”

“Syukur Alhamdulillah, peluang yang diberi untuk menjalani sesi latihan bersama CF Fuenlabrada saya sangat teruja dan ini adalah impian saya untuk bermain dan berlatih di Eropah.”

Mengulas lanjut, pemain berusia 19 tahu itu turut mengulas berkaitan corak permainan yang sangat berbeza jika berbanding di Malaysia. Ia memerlukan masa untuk beliau menyesuaikan diri ditambah cuaca yang sejuk di sana.

Advertisements

“Saya rasa di sini berbeza sedikit di Malaysia, kerana di sini intensiti mereka agak laju dan saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di sini.” kata Sikh kepada Harian Metro.

Menurut laporan Harian Metro, Sikh Azhan juga mendapat peluang untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan selain dapat berlatih bersama skuad utama dan juga skuad bawah-22. Beliau bakal menamatkan tempoh percubaan yang akan berakhir hujung minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram