Kelab Negara Haram Dilarang Masuk Ke Belgium
MakanBola
Royale Union Saint Gilloise

Seorang datuk bandar Belgium melarang kelab negara itu, Union Saint-Gilloise (USG) untuk mengadakan aksi Liga Europa UEFA (UEL) menentang kelab Israel, Hapoel Be’er Sheva di bandarnya.

Al-Jazeera melaporkan Datuk Bandar Leuven, Mohamed Ridouani mengambil pendirian tegas itu apabila USG mahu menggunakan stadium bandar berkenaan sebagai tuan rumah untuk aksi UEL.

Langkah itu diambil kelab berkenaan selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mendapati stadium USG tidak sesuai digunakan sebagai gelanggang untuk aksi UEL.

Salah satu aksi yang bakal dihadapi USG ialah aksi menentang Be’er Sheva pada 22 Oktober ini. Meskipun begitu, Ridouani enggan membenarkan aksi itu diadakan di Leuven atas sebab keselamatan.

Meskipun USG cuba memberi alternatif dengan aksi diadakan secara tertutup dan tanpa penonton, beliau tetap menolak saranan kelab itu. Ridouani turut menunjukkan pendirian sama apabila enggan membenarkan Leuven menjadi gelanggang untuk aksi Belgium menentang Israel.

Susulan itu, UEFA memaklumkan USG kini memiliki tanggungjawab untuk mencari gelanggang baharu untuk aksi tersebut. Perubahan venue untuk aksi berkenaan bakal diketahui dalam masa terdekat.

Selepas konflik Israel-Palestin kembali tercetus pada Oktober 2023, semua pasukan Israel perlu beraksi di gelanggang neutral untuk semua aksi di gelanggang sendiri. Be’er Sheva menggunakan stadium di Romania dan Hungary untuk aksi kelayakan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim ini.

Be’er Sheva beraksi dalam saingan UEL selepas tewas kepada Sabah FK untuk aksi playoff UCL baru-baru ini.