Kelab Thailand kini berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat pemain Malaysia bagi musim 2024/25.
Sebelum ini, kapten Harimau Malaya telah bertapak di Thailand bersama juara bertahan Thai League, Buriram United sejak tahun 2023.
Beliau telah membantu pasukan Thunder Castle mengecapi kejuaraan domestik termasuklah ketika beraksi pada pentas AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini.
Dion telah beraksi sebanyak 16 perlawanan dalam saingan liga musim ini selain merakamkan dua jaringan untuk meletakkan Buriram United selaku pendahulu liga.
Langkah beliau disusuli oleh beberapa pemain Malaysia yang lain hasil persembahan cemerlang bersama pasukan kebangsaan di ASEAN Championship 2024.
Penyerang muda negara, Fergus Tierney kini berkelana di Thailand bersama Nakhon Pathom United setelah meninggalkan Chonburi FC.
Pemain berusia 23 tahun itu membentuk gandingan selepas difahamkan seorang lagi tonggak Selangor, Muhammad Khalil dikatakan turut menjadi pemain terbaru Nakhon Pathom.
Terdapat juga pemain kebangsaan yang melebarkan sayap ke luar negara seperti perancang tengah negara, Endrick Dos Santos yang kini berkelana di Vietnam.