Kelantan Bakal Miliki Padang Baru Bertaraf Antarabangsa?
Dunia
Gambar Hiasan / SodUniversity
Advertisements

Pasukan Liga Super yang berpangkalan di Pantai Timur, Kelantan FC dikhabarkan bakal memiliki padang baru bertaraf antarabangsa.

Pasukan The Red Warrior dikatakan bakal membuat pelaburan besar untuk menaiktaraf padang sedia ada di Stadium Sultan Muhammad IV. Berdasarkan informasi yang diterima dari bumi Kelantan, jenis rumput yang akan digunakan berkemungkinan besar menggunakan jenis Zeon Zoysia.

Dalam satu ciapan di laman Twitter penulis MakanBola, Faris Zukeiman menjelaskan padang baru bertaraf antarabangsa ini adalah untuk kegunaan saingan Liga Super 2023.

Advertisements

Di Malaysia ketika ini, padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu yang menggunakan jenis Bermuda Princess 77 dianggap sebagai padang kedua terbaik selepas Stadium Sultan Ibrahim, JDT yang menggunakan jenis rumput Zeon Zoysia.

Penggunaan padang yang baik merupakan satu perkembangan positif buat arena bola sepak tempatan dan pasukan-pasukan lain wajar mencontohi tindakan kelab-kelab di Malaysia yang mengutamakan penggunaan padang yang bagus sejak dari awal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram