Kelantan Sedia Bawa Pulang Luqman Hakim
Dunia
Bernama
Advertisements

Kelantan sedia memberi peluang kedua buat pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk kembali mewarnai kancah bola sepak Malaysia.

Menerusi temubual bersama para penyokong, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham sedia membuka jalan buat pemain KV Kortrijk itu seandainya beliau mahu bermain di sini.

Katanya, Kelantan bakal memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Super musim hadapan dengan kesediaan untuk membawa anak-anak jati The Red Warriors kembali pulang menabur bakti bersama pasukan.

Advertisements

Oleh yang demikian, Zamsaham secara terbuka menyatakan kesudian untuk menerima Luqman bagi menajamkan lagi jentera serangan Kelantan.

Sungguhpun mendahului carta Liga Premier, barisan serangan anak didik Rezal Zambery Yahya kelihatah masih tumpul dengan prestasi tidak menentu penyerang import pasukan merencatkan sedikit perjalanan mereka ketika ini.

Idea untuk membawa pulang pemain berusia 20 tahun itu kelihatan realistik selepas beliau juga kurang mendapat minit permainan bersama kelab di sana.

Advertisements

Kelantan dijangka bakal melalui proses transformasi secara besar-besaran dalam usaha untuk memantapkan lagi perjalanan pasukan di pentas Liga Super musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram