Kelantan DN Hilang 3 Pemain Import Dalam Tempoh Singkat
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Kelantan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 3 tonggak import yang meninggalkan pasukan dalam tempoh kurang 14 hari.

Setelah berdepan musim yang sukar dalam saingan Liga Super, Kelantan DN juga terpaksa akur tersingkir awal di kempen MFL Challenge Cup apabila tewas kepada Selangor.

Ad
Sponsors

Minggu lalu juga, Kelantan DN berdepan satu lagi keputusan mengecewakan apabila tewas kepada Kedah Darul Aman di Alor Setar yang menyaksikan kekalahan ke-14 dalam saingan Liga Super.

Ad

Ini lebih memeritkan apabila Kelantan DN terpaksa ucapkan selamat tinggal buat 3 pemain import yang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan baru-baru ini.

Pada 3 Januari, penyerang import dari Myanmar, Aung Kaung Mann memilih untuk meninggalkan pasukan meskipun baru sahaja menyarung jersi Kelantan DN sekitar awal September 2024.

Ad

Kaung Mann berhijrah ke bumi Thailand dan menyertai kelab divisyen 2, Phrae United dan telah beraksi bersama pasukan itu ketika membelasah Bangkok FC 4-0 pada 11 Januari lalu.

Ad

Tidak lama kemudian, bek kelahiran Korea Selatan, Kim Li-kwan pula mengambil langkah yang sama dengan kembali ke negara asalnya bagi menyertai Ansan Greeners dua minggu lalu.

Ad

Ini disusuli penghijrahan kapten pasukan Kelantan DN, Oday Kharoub ke kelab Libya, Al-Ahly Beghazi setelah diperkenal secara rasmi oleh pasukan berkenaan pada Rabu yang lalu.

Ini sekaligus memberi tamparan hebat buat skuad kendalian Park Jae-hong bagi saingan Liga Malaysia ketika ini dengan kudrat pemain tempatan bakal ditagih untuk aksi mendatang.

Selepas ini, Kelantan DN dijadualkan bertemu Perak pada 26 Januari di Manjung dalam saingan Liga Super dengan Rezal Zambery memberi bayangan hanya pemain lokal bakal hadir.