Advertising
Oday Kharoub Perkuat Al-Ahly Benghazi
MakanBola
Al-Ahly Ly SC
Sponsors

Tonggak tengah Palestine, Oday Kharoub secara rasmi meninggalkan Kelantan DN dan berkelana ke Libya bagi menyertai Al-Ahly Benghazi.

Pengumuman ini dibuat oleh Al-Ahly Benghazi menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi kelab pada Selasa yang mengesahkan ketibaan Oday Kharoub selaku pemain baharu.

Ad

“Dari ibu kota umat Islam yang berjuang demi hak sejarahnya, ke bandar Al-Ahly, bandar yang kukuh dan pejuang.”

Ad

“Oday Kharoub tidak mahu mengubah persekitaran terlalu banyak, jadi dia memilih untuk mewakili Al-Ahly,” umum Al Ahly Benghazi.

Selain itu, satu sesi tandatangan kontrak juga diadakan oleh pihak kelab dan Oday Kharoub yang menyaksikan tonggak berusia 32 tahun itu diperkenalkan secara rasmi di khalayak ramai.

Ad

Sebelum ini, Oday Kharoub menyarung jersi Kelantan DN dan telah melakukan 14 penampilan selain berjaya meledak 4 gol dan menghasilkan 2 bantuan jaringan buat kelab dari Pantai Timur itu.

Ad

Akan tetapi, jodoh Oday dan juga Kelantan DN tidak bertahan lama dengan pemain Palestine ini dilaporkan antara tonggak yang mahu dilepaskan dan memilih untuk menyertai Al-Ahly Benghazi.

Ad

Al-Ahly Benghazi kini bersaing dalam Libyan Premier League dan menghunu tangga pertama carta East Group 2 dengan mengumpul 5 mata hasil 4 kemenangan dan satu keputusan seri.

Aksi pertama Oday bersama Al-Ahly Benghazi dijangka pada awal pagi Jumaat ini dalam perlawanan ke-6 Libyan Premier League menentang Al-Branes di laman sendiri.