Kelantan FC Bakal Kekal Di Liga Super?
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC mendapat bayangan bakal kekal di Liga Super pada musim hadapan.

Ini selepas CEO MFL, Stuart Ramalingam mendedahkan belum menerima dokumen daripada pasukan Liga M3 sebelum tarikh tutup yang berkuatkuasa baru-baru ini.

Mengikut peraturan, dua pasukan dari Liga M3 boleh naik pangkat untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Advertisements

Dua pasukan itu akan naik bagi menggantikan dua pasukan tercorot dari Liga Super yang akan disingkirkan.

Ketika ini, Imigresen FC merupakan juara Liga M3 di mana juara liga berkenaan layak ke Liga Super musim depan.

Sementara KL Rovers FC pula yang bergelar naib juara perlu mengharungi aksi playoff sebelum menyertai The Mighty Tigers ke liga itu pada tahun hadapan.

Advertisements

“Penyingkiran dan kenaikan adalah berdasarkan kepada lesen Liga Bolasepak Amatur (AFL). Hal ini kerana pasukan AFL perlu menerima lesen sebelum ‘playoff’ atau kenaikan boleh dilakukan.

“Sebelum saya mahu menyingkirkan pasukan perlu tahu ada yang boleh menggantikannya. Perlu mengambil kira kedudukan pasukan AFL boleh menerima lesen dan masuk ke Liga Super.

“Semua pasukan belum menyerahkan dokumen secara keseluruhan. Pasukan perlu mengambil tahu tarikh tutup diberikan MFL.

Advertisements

“Tarikh tutup sudah lepas dan setakat ini tiada pasukan AFL melengkapkan syarat pelesenan,” katanya kepada Astro Arena.

Dengan pendedahan ini, Kelantan berpeluang untuk kekal di Liga Super dengan syarat mereka melepasi syarat pelesenan kelab untuk musim 2024.

Perkembangan ini sedikit sebanyak melegakan penyokong Kelantan yang mahu melihat pasukan itu terus dalam Liga Super musim depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram