AFL: Imigresen Muncul Juara Benam Cabaran Melaka
Liga M3
Imigresen FC
Advertisements

Kelab Imigresen FC berjaya menewaskan cabaran Melaka FC dengan jaringan 1-0 di Stadium Hang Jebat.

Imigresen turun dengan misi besar dalam mengumpul 3 mata berharga bagi meraih kedudukan terbaik dalam liga MBSM Bank selain berharap dapat memenangi liga jika KL Rovers dan Harini FT keciciran mata.

Imigresen FC membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang tenang disudahkan oleh Azim Rahim pada minit ke-32 permainan.

Advertisements

Beberapa cubaan berbahaya turut dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun gagal menjelmakan sebarang gol.

Perlawanan berakhir dengan jaringan tunggal Azim Rahim yang menyaksikan Imigresen meraih 3 mata sekaligus membantu Imegresen menamatkan kedudukan ditempat pertama liga.

Ini setelah aksi KL Rovers dan Harini FT berakhir dengan keputusan seri dimana kedua-dua pasukan hanya mampu meraih 1 mata.

Advertisements

Imigresen FC menamatkan liga dengan 55 mata hasil 17 kemenangan, 4 seri dan 3 kekalahan.

Kemenangan ini bakal menyaksikan pasukan Imigresen FC bersaing dalam kancah Liga Super bagi musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram