KL Rovers Layak Ke Playoff Liga Super, Ikat Harini
Liga M3
KL Rovers
Advertisements

KL Rovers FC muncul naib juara Liga M3 musim ini selepas mengikat Harini FT 1-1 dalam aksi terakhir liga hari ini.

Ini sekaligus membolehkan mereka layak ke aksi playoff Liga Super. Sekiranya menang aksi playoff, mereka akan mengiringi Imigresen ke Liga Super musim depan.

Kedua-dua pasukan tahu kemenangan bakal menentukan sama ada mereka layak ke Liga Super atau tidak. KL Rovers memerlukan kemenangan hari ini agar dapat bergelar juara Liga M3.

Advertisements

Manakala Harini pula bukan saja perlu mengatasi KL Rovers dalam aksi terakhir hari ini. Malah, mereka memerlukan bantuan Melaka FC untuk mengalahkan Imigresen FC di Stadium Hang Tuah.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol awal.

Harini terlebih dahulu di hadapan menerusi bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-28.

Advertisements

Keceriaan anak-anak buah P. Maniam tidak bertahan lama apabila Rafie Mat Yaacob menanduk bola melepasi jangkauan penjaga gol Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy pada minit ke-35.

Harini makin gelisah apabila Imigresen mendahului di Stadium Hang Tuah menerusi sepakan penalti Abul Azim Rahim pada minit ke-34. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha memburu gol kedua.

Advertisements

Harini amat memerlukan gol kedua kerana dari segi mata, KL Rovers masih memiliki kelebihan tiga mata dengan 54 mata. Sementara Harini pula memiliki 51 mata jika keputusan ini kekal.

Ini mendorong Maniam membuat beberapa pertukaran bagi menambah bisa di bahagian serangan.

Begitupun, barisan pertahanan Rovers diketuai kapten Firdaus Mohd Faudzi terus kental menyerap asakan mereka.

Advertisements

Percubaan terbaik Harini hadir menerusi Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-81.

Walaupun pada awalnya terlepas bola, Ameerul Eqhwan Mohd Fauzi memastikan gawang Rovers tidak dibolosi. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan Imigresen mempertahankan keputusan 1-0 di Melaka, Imigresen layak secara automatik ke Liga Super. Manakala KL Rovers pula layak ke aksi playoff Liga Super musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram