Dunia
Advertisements

Pasukan Bola Sepak Kelantan, KAFA kini telah merancang untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi mengatasi isu hutang lapuk yang membelenggu mereka selama ini.

Terkini, mereka begitu komited dalam usaha untuk menyelesaikan isu kewangan pasukan yang turut melibatkan tunggakan gaji para pemain.

“Kelantan FA sentiasa berusaha dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi perkara ini secara berperingkat. Pengalaman lalu banyak mengajar kami mengenai isu ini,” jelas Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman.

Advertisements
Husin Kelantan Giat Bayar Segala Hutang Lapuk
Husin harap isu tunggakan gaji dapat diselesaikan segera

Husin juga menganggap isu tunggakan gaji ini ibarat barah bagi pasukan Kelantan, justeru mereka mahu mengatasinya supaya musim 2020 dapat dimulakan dengan sempurna.

“KAFA sentiasa mencari jalan untuk selesaikan isu ini bagi pastikan musim baharu dapat dijalani dengan baik,” ujarnya lagi.

Kelantan kini sedang berhubung dengan pihak FIFA mengenai
laporan tunggakan gaji yang telah dilakukan oleh bekas pemain import mereka sebelum ini.

Advertisements

Sebelum ini mereka telah dipotong tiga mata selepas gagal menyelesaikan tunggakan gaji mantan pengarah teknikal mereka iaitu Alfredo Gonzalez.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram