Kelantan United Mahu Buat Persediaan Rapi
Dunia
Kelantan United
Advertisements

Ketua jurulatih Kelantan United, Syamsul Saad menyatakan bahawa mahu membuat persiapan rapi buat pasukan KUFC bagi menghadapi saingan Liga Premier, Mac depan.

Beliau akui masih tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan anak buahnya dalam beberapa perlawanan pramusim, sekaligus banyak perkara yang harus dititikberatkan untuk perkukuhkan lagi barisan serangan dan pertahanan pasukannya.

“Saya rasa terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti menyudahkan peluang di depan pintu gol. Jika corak permainan bagus namun kita tidak mampu menjaringkan gol ia akan memberi sedikit tekanan kepada pemain untuk mengekalkan momentum sebelum ini,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, perkara yang perlu diperbaiki di barisan serangan adalah penyudah peluang di depan pintu gol kerana bagi beliau tidak ada guna tampilkan persembahan yang baik jika tidak mampu menjaringkan gol.

“Mereka (pemain) lebih selesa beraksi dengan penguasaan bola dan sangat selesa dengan taktikal yang diterapkan malah benteng pertahanan juga dilihat lebih berani membina corak permainan,” katanya kepada bernama.

Pada perlawanan pembukaan Liga Premier dijadualkan pada 5 Mac, Kelantan United FC akan menentang Perak ditempat lawan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram