Kelayakan Piala Asia Futsal: Malaysia Berdepan Cabaran Iran & UAE
UltraSukan
FA Malaysia

Pusingan Kelayakan Piala Asia Futsal menyaksikan Malaysia bakal berdepan cabaran pasukan hebat seperti Iran dan UAE.

Sesi undian yang diadakan pada Khamis menyaksikan skuad kebangsaan di bawah kendalian Rakphol Sainetngam berada di dalam kumpulan G bersama juara bertahan Piala Asia, Iran.

Sementara, dua lagi pesaing di dalam kumpulan yang sama adalah Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang kini di ranking ke-97 dunia serta Bangladesh untuk melengkapkan pasukan.

Pusingan Kelayakan Piala Asia Futsal bagi kumpulan G yang akan diadakan di Malaysia ini bakal membuka saingan pada 20 September ini di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan.

Hanya juara dan 7 naib juara terbaik setiap kumpulan yang akan layak mendapat tiket bagi beraksi di Piala Asia Futsal yang dijadualkan berlangsung di Indonesia pada 14 hingga 31 Mei 2026.