Indonesia meneruskan kemarau kemenangan dalam saingan kumpulan F apabila sekadar seri 1-1 berdepan Filipina.
Filipina turun dengan formasi 4-4-2 dengan beberapa muka yang tidak asing dalam kancah liga Malaysia seperti Carli de Murga, Manuel Ott, Kevin Ingreso dan OJ Porteria.
Indonesia pula tampil bermain 5-3-2 dengan meletakkan Saddil Ramdani di bahagian hadapan dan Jordi Amat selaku pertahanan tengah pasukan.
Filipina meraih gol pertama perlawanan menerusi Patrick Reichelt pada minit ke-23 hasil hantaran Kevin Ingreso.
Bersambung babak kedua, Indonesia cuba mencari gol penyamaan dan menggandakan asakan ke arah gawang gol Filipina.
Saddil Ramdani muncul wira Indonesia apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-70 permainan.
Tamat perlawanan, Indonesia meraih keputusan seri 1-1 menentang Filipina dan kini kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata dalam kumpulan F.