Advertising
Kelibat 5 Pemain Malaysia Menyinar Di Asia
MakanBola
FA Malaysia

Kelibat 5 pemain Malaysia mula menjadi bualan hangat apabila beraksi cemerlang di pentas Asia.

Baru-baru ini, dua pasukan gergasi Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC telah membuka tirai cabaran dalam kejohanan besar di rantau ini.

Ad

Skuad kendalian Hector Bidoglio berjaya mengikat jaguh China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2 di laman lawan.

Ad

Kejayaan itu diserikan lagi apabila dua jaringan telah disumbangkan oleh pemain sayap lincah negara, Arif Aiman Hanapi untuk memastikan satu mata menjadi milik Harimau Selatan.

Bukan itu sahaja, Gergasi Merah yang beraksi dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) juga berjaya tampil dengan prestasi luar biasa untuk mencuri satu mata berdepan jaguh Thailand, Muangthong United FC.

Ad

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil memberi peluang kepada tiga pemain muda negara untuk beraksi dalam kesebelasan utama iaitu penjaga gol, Azim Al-Amin serta dua pertahanan muda, Harith Haiqal dan Zikri Khalili.

Ad

Jentera tengah finalis Piala FA 2024 itu juga diketuai oleh seorang lagi pemain muda negara iaitu Nooa Laine yang bergandingan bersama Noor Al-Rawabdeh.

Ad

Terdapat beberapa pemain muda negara yang turut diberikan peluang beraksi seperti Feroz Baharudin, Hong Wan, Syahir Bashah dan Aliff Haiqal Lau.

Kedua-dua pasukan bakal mengharungi aksi kedua di laman sendiri pada 1 dan 3 Oktober 2024 untuk mencari kemenangan pertama kempen kali ini.