Ads
Sikap Rendah Diri Arif Aiman Dapat Liputan Media China
Inspirasi
Johor Southern Tigers

Sikap rendah diri yang dipamerkan oleh Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi mendapat liputan daripada media China.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi antara dua pemain tempatan dalam kesebelasan utama Harimau Selatan yang menurunkan skuad terbaik berdepan Shanghai Port.

Advertisements

Peluang yang diberikan berjaya dimanfaatkan sebaik mungkin apabila Arif Aiman menjadi wira JDT dan meledak dua jaringan untuk mengikat jaguh China itu.

Advertisements
Advertisements

Aksi lincah pemain Harimau Malaya ini mendapat perhatian meluas di Asia dengan beberapa penganalisis bebas antarabangsa memberikan pujian kepadanya.

Media China, Hotpot Football bagaimanapun membuat liputan apabila Arif difahamkan telah pun bertemu dengan salah seorang idolanya di Asia iaitu pemain Shanghai Port, Wu Lei.

Advertisements

Tonggak berusia 32 tahun itu menghabiskan sebahagian besar kariernya di LaLiga bersama Esoanyol kembali membantu Shanghai Port dalam kempen ACLE tahun ini.

Arif telah pun bertemu dengan Wu Lei selepas tamat perlawanan di Fudong untuk meminta bertukar jersi dengan pemain berpengalaman tersebut.

Pertemuan itu diakhiri dengan sesi foto antara dua pemain tersebut yang memperoleh kenangan manis hasil pertemuan Shanghai Port dan JDT.

Advertisements

JDT bakal mengharungi aksi kedua kempen ACLE pada 1 Oktober 2024 menentang satu lagi wakil China, Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram