Kelibat 7 Pemain Malaysia Kembali Sertai Latihan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kepulangan 7 pemain Malaysia ke sesi latihan pasukan pada Isnin.

Ketika ini, skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah memulakan sesi latihan pasukan menjelang aksi pra-musim yang bakal diadakan di Sepanyol untuk menghadapi saingan Liga Super 2025-2026.

Sesi latihan yang dikendalikan oleh pengendali baharu, Xisco Munoz tampak berjalan lancar selama dua minggu ini dengan kehadiran pemain lama dan baharu seperti Jairo Da Silva dan Antonio Glauder.

Kini, seramai 7 orang pemain kebangsaan dikesan sudah pun pulang ke Johor bagi menyertai kem latihan setelah diberikan tempoh rehat selepas tamat tugasan antarabangsa bersama Harimau Malaya.

7 pemain tersebut adalah pemain sayap lincah, Arif Aiman, Syihan Hazmi, Corbin Ong, Matt Davies, Junior Eldstal dan dua perancang tengah iaitu Afiq Fazail beserta Nazmi Faiz Mansor.

JDT kini dalam persiapan sebelum terbang ke Sepanyol bagi aksi pra-musim pada 3 Julai hadapan dengan juara LaLiga 2 iaitu Levante sah menjadi salah satu lawan Harimau Selatan di sana.