Advertising
Kelibat Bintang Argentina Dalam Klip JDT Curi Tumpuan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelibat bintang kelahiran Argentina dalam klip video Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tumpuan peminat tanah air.

Baru-baru ini, Johor Southern Tigers telah memuat naik satu hantaran berkenaan kunjungan pemain Harimau Selatan ke wad hermatologi dan rumah penjagaan warga emas di Johor.

Terdapat beberapa pemain utama HDT yang hadir bagi program tersebut termasuklah Romel Morales, Safiq Rahim, Murilo, Feroz Baharudin dan Afiq Fazail.

Ad

Mata peminat tertumpu kepada sosok yang dikenali sebagai Jalil Elias yang merupakan pemain paling bernilai JDT musim 2024/25.

Ad

Pemain berusia 27 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Argentina, Velez Sarsfield selepas hanya melakukan satu penampilan bersama juara bertahan Liga Super itu.

Bukan itu sahaja, JDT bersama beberapa pemain turut berkesempatan membawa mereka yang berkeperluan untuk mengunjungi Ikea bagi mendapatkan barangan.

Ad
Ad

Walau bagaimanapun, video ini dipercayai klip lama yang kembali diulang siar oleh media sosial JDT sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni yang dilakukan.

Ad

Seorang lagi pemain yang mencuri perhatian ialah Fernando Forestieri yang sudah pun meninggalkan pasukan pada bulan September lalu.