Kelibat Ikhsan Fandi Ranapkan Harapan Malaysia
Dunia
Playmaker
Advertisements

Penyerang skuad kebangsaan Singapura, Ikhsan Fandi terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila menjaringkan gol sekaligus memusnahkan harapan Malaysia untuk memburu kemenangan kali kedua dalam Tri-Nations 2022.

Dalam perlawanan persahabatan tersebut, penyerang muda itu turun membarisi skuad kesebelasan utama pasukan sebagai penyerang tunggal untuk menghadapi pasukan Malaysia.

Hal ini nyata membuahkan hasil apabila ketajaman penyudah anak lagenda bola sepak Singapura ini tidak dapat dinafikan lagi. Menerusi satu serangan balas daripada pasukan Singapura, lorongan cantik Nazrul telah mudah disempurnakan Ikhsan Fandi pada minit ke-30.

Advertisements

Ikhsan Fandi yang bertanggungjawab sebagai penyerang utama pasukan telah mengkucar kacirkan pertahanan pasukan Malaysia. Beliau beberapa kali turut berjaya masuk ke bahagian dalam kotak penalti benteng Harimau Malaya.

Pada minit ke-76 permainan, gelecekan bermutu Ikhsan Fandi yang meloloskan diri, melepasi tiga pemain Harimau Malaya berjaya menatijahkan jaringan kedua buat Singapura. Jaringan kedua Ikhsan Fandi sekaligus meranapkan impian pasukan Harimau Malaya.

Perlawanan Malaysia menentang Singapura berkesudahan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan daripada Ikhsan Fandi Ahmad.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram