Kelibat Mohamadou Sumareh Semakin Kabur
Harimau Malaya
Stadium Astro
Advertisements

Pemain naturalisasi pertama Malaysia, Mohamadou Sumareh semakin jarang kelihatan beraksi bersama skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT) di bawah kendalian jurulatih dari Argentina, Esteban Solari untuk saingan musim ini.

Walaupun pemain berasal dari Gambia itu masih menjalani latihan bersama skuad utama JDT, namun sehingga kini beliau masih belum diturunkan dalam saingan Liga Super bersama JDT.

Untuk musim ini, Sumareh hanya diturunkan dua kali sahaja iaitu dalam saingan Piala FA Malaysia menentang PDRM FC di pusingan 16 terakhir dan aksi kedua beliau adalah bertemu Penang FC di pusingan suku akhir. Kedua-dua penampilan Sumareh itu adalah sebagai pemain gantian.

Advertisements

Sudah pasti peminat bola sepak tanah air ternanti-nantikan aksi pemain naturalisasi pertama negara ini yang pernah menggegar arena bola sepak Malaysia dengan skil dan kelajuan yang dimiliki beliau.

Untuk rekod, Sumareh telah berjaya meledak 7 gol dalam 28 penampilan bersama skuad Harimau Malaya. Kali terakhir Sumareh dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon adalah pada September tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram