Pertembungan di antara dua bintang Asia Tenggara, Muhammad Safawi bin Rasid dan Chanathip Songkrasin di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dijangka bakal gegarkan kempen ACL kali ini.
Safawi yang mewakili Johor Darul Ta’zim sementara Chanathip yang mewakili Kawasaki Frontale telah diundi bersama dalam Kumpulan I. Pertemuan antara juara liga super Malaysia dan juara liga Jepun itu sekaligus bakal menghangatkan cabaran ACL 2022.
Safawi Rasid dan Chanathip Songkrasin baru sahaja menamatkan cabaran Piala AFF Suzuki 2020 dengan jayanya apabila masing-masing berjaya memenangi kasut emas. Kelibat dua pemain ini pasti akan menjadi tumpuan ramai.
Dalam pada itu, pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kawasaki Frontale turut berdepan kelab dari China, Guangzhou FC. Satu lagi pasukan yang bakal melengkapkan Kumpulan I akan diisi antara wakil dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai, atau pasukan dari Thailand, Port FC.
Saingan Liga Juara-Juara Asia Zon Timur akan bermula pada 7 April manakala perlawanan akhir pula itu dijadualkan pada Februari 2023. Untuk rekod, ini merupakan tahun keempat buat pasukan Johor Darul Ta’zim beraksi di kejohanan ini.