Kelompongan Sisi Selangor Kini Terisi
Liga Super
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Selangor FC mungkin boleh menarik nafas lega selepas kelompongan posisi sayap kanan yang membelenggu mereka musim lalu kini hampir pasti terisi dengan pemain yang lebih sesuai.

Posisi sayap kanan Selangor kini diisi oleh pemain sayap import lincah, Alvin Fortes yang sudah mempamerkan taring sebenar dalam beberapa aksi pra-musim bersama Sang Gergasi Merah.

Advertisements

Pemain kebangsaan Cape Verde itu telah menjaringkan gol dalam kesemua aksi pra-musim bersama Selangor dan beliau berjaya menambat hati penyokong Selangor dengan kelebihan yang dimiliki seperti ketajaman penyudah selain kelincahan ketika bersama bola.

Pada perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan FC yang berlangsung pada 17 April, Selangor memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan tunggal dijaringkan oleh Alvin Fortes sekali gus memberikan kemenangan tipis 1-0 buat Selangor.

Advertisements

Pemain sayap berusia 29 tahun itu meneruskan ketajaman lagi pada aksi pra-musim berikutnya menentang Perak FC. Alvin menjaringkan satu gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Perak di Stadium Negeri Perak.

Bisa Alvin diteruskan pada saingan Selangor KUSEL Asia Challenge 2024 (SAC 2024) dengan pemain itu meledak dua gol pada aksi sulung menentang kelab Brunei, DPPM FC. Selangor menang aksi tersebut dengan keputusan 4-0.

Advertisements

Untuk aksi kedua Selangor di SAC 2024 menentang Young Elephants FC, Alvin Fortes tidak ketinggalan untuk mencipta jaringan apabila satu gol berjaya disumbangkan dalam kemenangan besar 4-0 menewaskan wakil Laos itu.

Kemenjadian prestasi Alvin Fortes ini menandakan bahawa tindakan pihak pengurusan Selangor membawa masuk beliau ke dalam pasukan adalah satu keputusan yang tepat.

Advertisements

Pada musim lalu, Selangor yang pada ketika itu di bawah kendalian Tan Cheng Hoe acap kali meletakkan pemain yang berlainan di posisi sayap kanan dengan beberapa nama besar turut dicuba di posisi berkenaan seperti Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal.

Selangor dijadualkan memulakan saingan Liga Super 2024/25 dengan aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei depan bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

News Comments Account