Kempen Mumbai City Di ACL Tamat, Gagal Catat Sebarang Kemenangan
MakanBola
Mumbai City FC
Sponsors

Kelab India, Mumbai City menamatkan kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan kekecewaan selepas tewas di tangan kelab Uzbekistan, Navbahor semalam.

Dengan The Mariners sudah tersingkir dari ACL, aksi terakhir Kumpulan D dilihat medan menebus maruah buat pasukan satelit Manchester City itu.

Ad

Pada awalnya, hajat mereka disangka menjadi kenyataan apabila Nasser El Khayati menyumbat gol pada minit ke-15.

Ad

Bagaimanapun, Navbahor memastikan mereka meraih tiga mata penuh menerusi Jamshid Iskandarov dan Jovan Dokic.

The Mariners cuba bangkit memburu gol penyamaan pada babak kedua. Bagaimanapun, tiga mata yang diraih cukup untuk membantu Navbahor layak ke pusingan 16 terbaik sebagai pasukan tempat kedua terbaik.

Ad

Keadaan ini menyaksikan Mumbai City meninggalkan peringkat kumpulan ACL 2023-2024 tanpa sebarang mata.

Ad

Selain kelab itu, bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jorge Pereyra Diaz juga kecewa kerana tidak dapat mengakhiri kempen ACL dengan gol.

Perlawanan semalam menyaksikan Sofascore memberi markah 6.3 mata kepada Diaz berikutan persembahan mengecewakan di hadapan gol.

Kini, fokus Mumbai City beralih semula kepada Liga Super India (ISL) di mana mereka akan turun menentang Bengaluru pada 8 Disember ini.