Kemunculan Safee Sali Dalam eFootball Curi Perhatian
Hiburan
Konami
Advertisements

Peminat bola sepak Malaysia yang merindui kelibat Safee Sali di atas padang bakal tersenyum lebar.

Ini kerana kelincahan bekas penyerang Harimau Malaya itu bakal disaksikan dalam alam maya menerusi permainan video bola sepak eFootball keluaran Konami.

Peminat boleh menggunakan beliau untuk skuad kebangsaan Malaysia menerusi kad pemain epik. Secara ringkas, pemain epik eFootball merujuk kepada pemain-pemain yang mempamerkan kehebatan dalam karier permainan mereka.

Advertisements

Kebanyakan pemain epik yang dipamerkan dalam eFootball ialah pemain-pemain yang berstatus legenda atau sudah bersara dari dunia bola sepak.

Menariknya, penilaian 79 mata yang diberi eFootball kepada Safee mengatasi beberapa legenda Asia seperti Hidetoshi Nakata, Shinji Kagawa dan Shinji Ono.

Bagi Safee, pemilihan beliau sebagai pemain epik dalam eFootball bukan saja mengiktiraf kehebatan mutu bola sepak negara terutama Harimau Malaya.

Advertisements

Malah, ini secara tidak langsung memperkenalkan nama Malaysia dengan lebih meluas di serata dunia.

“(Ini) sekurang-kurangnya untuk menarik peminat-peminat di luar sana mengenali pemain-pemain Malaysia. Sukan bola sepak Malaysia boleh dikenali di seluruh dunia.

“Bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, orang boleh memainkan Harimau Malaya. Boleh bermain seperti Safee Sali, boleh bermain seperti Safawi Rasid dan di seluruh dunialah,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Advertisements

Dengan Piala Asia 2023 bermula hari ini, Konami turut memasukkan mod Piala Asia 2023 dalam simulasi permainan eFootball 2024.

Ini memberi peluang kepada peminat bola sepak untuk bermain pasukan-pasukan yang beraksi dalam kejohanan itu termasuk Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram