Kemunculan Semula Rodrigo Holgado
MakanBola
Malaysia NT

Kemunculan semula penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado.

Tonggak berusia 30 tahun itu kembali menjalan latihan bersama kelabnya, America de Cali di Colombia selepas lima bulan tersisih.

Hal ini selepas Court of Arbitration for Sport – CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

Spekulasi bertiup kencang yang mendakwa bahawa Holgado bakal membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan bagi mendapatkan minit permainan.

Beliau bagaimanapun menafikan perkara tersebut selepas dilihat kembali menjalani latihan bersama kelabnya itu baru-baru ini menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya.

Kali terakhir Holgado beraksi buat America de Cali di Primera A, Clausura adalah pada 25 September 2025 ketika pasukannya menewaskan Deportivo Pasto dengan keputusan 2-0. 

Untitled design 32 Kemunculan Semula Rodrigo Holgado

Sebagai rekod, enam daripada tujuh pemain warisan telah kembali bersama pasukan masing-masing dengan Gabriel Palmero masih belum memiliki kelab ketika ini.

Claim Money Packet TnG