Advertising
Kenyataan Rasmi Sabah Mengejutkan
MakanBola
Sabah FC

Sabah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengejutkan ramai pihak.

Skuad kendalian Alto Linus berada dalam momentuk yang baik sungguhpun tersingkir pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2025.

Ad

The Rhinos bagaimanapun tampil cemerlang bagi aksi Liga Super 2024/25 apabila berada pada kedudukan ketiga dan terus menghambat pasukan tangga kedua, Selangor FC.

Ad

Usaha merancakkan lagi perjuangan pasukan terencat selepas Sabah mengumumkan kehilangan peledak berbisa, Joao Pedro.

“Sabah FC hari ini mengumumkan bahawa penyerang import dari Brazil, João Pedro Boeira Duarte akan menyertai Ho Chi Minh City FC sebagai pemain pinjaman.

Ad

“Keputusan ini dibuat setelah João Pedro menerima tawaran dari kelab Vietnam tersebut.

Ad

“Pihak pengurusan Sabah FC telah berusaha untuk memujuk beliau supaya terus bersama pasukan, namun João Pedro tetap dengan keputusannya untuk menerima tawaran tersebut,” jelas pengurus besar Sabah FC, Md Joh Wid.

Ad

Kelab juga mendoakan agar peledak kelahiran Brazil itu dapat terus memperagakan aksi terbaik bersama Ho Chi Minh City.

“Setelah perbincangan dengan Ketua Jurulatih dan team kejurulatihan, Sabah FC bersetuju untuk melepaskan beliau.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada João Pedro atas sumbangannya kepada Sabah FC. Kami mendoakan yang terbaik buat beliau dalam kariernya di Ho Chi Minh City FC,” tambah kenyataan kelab.

Sabah akan bertemu Sri Pahang bagi aksi ke-18 Liga Super pada 16 Februari 2025 di Likas.