Ads
Kenyataan Rasmi Selangor FC
Liga Super
Selangor FC

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC telah membuat kenyataan berhubung dengan pertukaran jadual menentang Terengganu.

Advertisements

Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perubahan jadual aksi yang telah ditunda.

Advertisements

Ia melibatkan juga pertembungan antara dua gergasi Liga Super, Selangor dan juga Terengganu yang dianjak aksinya lebih lewat.

Advertisements
Advertisements

“Perlawanan LS11 Terengganu FC melawan Selangor FC yang dijadualkan pada 21 September 2024 telah ditunda kepada 28 September 2024 atas persetujuan bersama dengan pihak Terengganu FC dan Malaysian Football League (MFL).

“Seperti makluman semua, Selangor FC akan mewakili negara dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di mana perlawanan pertama akan berlangsung pada 19 September 2024 menentang kelab dari Thailand, Muangthong United FC.

Advertisements

Phak Selangor FC difahamkan telah memohon untuk penangguhan perlawanan LS11 menentang Terengganu FC kerana tidak mempunyai hari rehat.

Hal ini selepas perlawanan menentang Muangthong United FC di Bangkok pada 19hb September melalui perjalanan Bangkok – KLIA – Kuala Terengganu pada 20 September dan seterusnya menentang Terengganu FC pada 21 September.

Bukan itu sahaja, Selangor FC juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Terengganu dan juga MFL kerana bersetuju untuk mempertimbangkan permintaan pasukan.

Advertisements

“Pihak Selangor FC ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Terengganu FC atas semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan serta pihak Malaysian Football League (MFL) atas kerjasama dalam perkara ini,” jelas Selangor dalam satu kenyataan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram