Kepala Seperti Nafuzi Zain Tular

Nafuzi Zain 14 Kepala Seperti Nafuzi Zain Tular
Foto: KDA FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam satu kenyataan pada semalam seakan memberi bayangan bakal mengumumkan nama ketua jurulatih yang baharu. 

Nafuzi Zain menjadi calon yang hangat diperkatakan seluruh peminat bola sepak tempatan setelah pengendali kelahiran Kelantan itu tidak lagi bersama Terengganu untuk saingan musim depan. 

Pada Oktober 2022, pasukan Kedah telahpun mencapai kata sepakat bersama bekas pengendali, Aidil Shahrin Sahak untuk tidak menyambung kontrak bersama Kedah.

Kini desas-desus yang mengaitkan Nafuzi ke Kedah bakal terjawab apabila perlantikan Nafuzi Zain sebagai pengendali Kedah dijangka diumumkan pada hari ini. Gambar yang telah dimuat naik di laman media sosial Kedah Darul Aman FC memperlihatkan satu sosok individu seperti Nafuzi dari belakang. 

Satu tugas yang mencabar buat Nafuzi Zain bersama Kedah untuk tahun 2023. Untuk rekod, Nafuzi berbakti kepada pasukan Terengganu sejak tahun 2018 hingga 2022. Banyak pencapaian luar biasa dan membanggakan yang telah dikecapi Nafuzi. 

Beliau dan Terengganu telah menikmati satu musim yang amat cemerlang pada 2022. Nafuzi berjaya menempatkan Terengganu di tempat kedua saingan Liga Super 2022 sekaligus memastikan Skuad Peteh layak untuk beraksi di Piala AFC 2023.