Advertising
Kepulangan Yohandry Orozco Ceriakan Skuad Selangor
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Kemunculan semula Yohandry Orozco dalam kesebelasan utama memberi suntikan semangat kepada Selangor FC dalam aksi terbaru Liga Super menentang Sri Pahang FC.

Selepas tersisih dalam beberapa perlawanan akibat kecederaan, pemain perancang Venezuela itu kembali berada dalam kesebelasan utama Merah Kuning.

Ad

Orozco beraksi selama 88 minit sebelum beliau digantikan oleh pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim. Aksi tersebut berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Selangor.

Ad

Ali Olwan dan Ronnie Fernandez memastikan Selangor meraih kemenangan ke atas Tok Gajah selepas disingkirkan pasukan sama dalam saingan Unifi Piala Malaysia.

Pengendali Merah Kuning, Katsuhito Kinoshi mengakui gembira melihat pemain berusia 33 tahun itu kembali berada dalam kesebelasan utama.

Ad

“Pemain nombor lapan (Orozco) cukup bagus (dan) beliau sudah kembali. Walau bagaimanapun, beliau perlu beraksi lebih baik daripada hari ini,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

Ad

“Jadi, saya akan minta dengan beliau, bukan beliau saja untuk jadi lebih baik dan memberi sumbangan dalam pasukan.

Ad

“Saya fikir hari ini satu keputusan yang bagus tetapi beliau perlu bekerja keras agar dapat beraksi dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.”

Orozco sudah merekodkan lapan gol dan sembilan bantuan gol dalam 30 penampilan bersama Merah Kuning.

Khidmat bekas pemain tengah VfL Wolfsburg itu dijangka ditagih untuk aksi final pertama MFL Challenge Cup menentang PDRM FC pada 15 Februari ini.