Advertising
Liga Super: Selangor Lunas Dendam Ke Atas Sri Pahang
MakanBola
Selangor FC

Aksi tunggal Liga Super pada Sabtu menyaksikan Selangor meneruskan langkah cemerlang apabila menumpaskan Sri Pahang.

Pertemuan di Kelana Jaya ini menjadi tumpuan ramai apabila Selangor dan Sri Pahang ketika ini berada di prestasi terbaik ketika masing-masing layak ke final Challenge Cup dan Piala Malaysia.

Malah, Selangor sudah pastinya turun dengan misi melunas dendam setelah tewas kepada Sri Pahang di aksi pusingan 16 Piala Malaysia lalu memaksa Gergasi Merah akur tersingkir awal.

Ad

Ali Olwan dan Aliff Haiqal kembali dalam senarai kesebelasan utama Selangor bagi aksi kali ini sementara Sri Pahang hadir tanpa kelibat Sergio Aguero serta Saiful Jamaludin di jentera tengah.

Ad

Walaupun lama diketepikan, sentuhan Ali Olwan tidak pernah hilang apabila peledak Jordan ini mencetak jaringan pertama setelah mengatasi 4 pemain Sri Pahang termasuklah penjaga gol di minit ke-14.

Ad
Ad

Kelebihan tersebut digandakan lagi apabila penyerang utama dan sensasi, Ronnie Fernandez menjaringkan gol kedua pada minit ke-38 apabila menyudahkan lorongan Quentin Cheng dari sebelah kanan.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 2-0 Sri Pahang.

Aksi di babak kedua menyaksikan permulaan baik diteruskan Selangor apabila berjaya mencetak gol ketiga namun jaringan itu dibatalkan kerana terkena tangan Quentin Cheng terlebih dahulu.

Pelawat miliki dua peluang terbaik menerusi Mykola Ahapov dan Kpah Sherman namun tiang menjadi penghalang untuk Sri Pahang menembusi gawang Selangor yang dikawal oleh Kalamullah Al Hafiz.

Pertembungan di Stadium MBPJ berakhir dengan keputusan 2-0 memihak Selangor.

Selepas ini, Selangor bakal mengalihkan fokus kepada final Challenge Cup menentang PDRM pada 15 Februari tatkala Sri Pahang akan terbang ke Sabah untuk aksi Liga Super.