Advertisements
Keraian Gol Pemain Jepun Berakhir Dengan Benjolan
Hiburan
MakanBola
Club Brugge

Pemain Jepun yang berkelana ke Liga Belgium, Shion Homma berkemungkinan besar tersilap langkah ketika meraikan gol apabila ianya berakhir dengan benjolan di kepala beliau.

Shion Homma menjadi tonggak utama Club NXT yang merupakan pasukan simpanan kepada kelab gergasi Belgium, Club Brugge.

Dalam aksi Club NXT menentang SK Beveren semalam, Shion Homma berjaya meledak gol kedua buat kelabnya pada penghujung perlawanan untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada Club NXT.

Namun belum sempat Shion meraikan jaringan tersebut, kepalanya dilihat terhantuk dengan tiang di belakang gol sekali gus membuatkan kepalanya sedikit berbenjol.

Insiden tersebut mengundang gelak tawa rakan sepasukannya yang seolah-olah terkejut melihat benjolan di kepala Shion.

Club NXT kini berada di tangga ke-10 Challenger Pro League (Liga Divisyen 2) dengan mengutip 23 mata selepas mengharungi 28 perlawanan musim ini.

Shion yang berusia 23 tahun telah melalui musim yang baik bersama Club NXT musim ini dengan sudah beraksi dalam 16 perlawanan, menjaringkan dua gol selain turut menyumbang empat bantuan gol.

Dengan kemenjadian aksi Shion, tidak mustahil namanya akan dinaikkan ke skuad utama yang beraksi di kasta tertinggi bola sepak Belgium iaitu Jupiler Pro League.

Related Articles