“Kerana Nasi Goreng Saya Di Sini” -Tijjani Reijnders
MakanBola
Manchester City

Pemain tengah baharu Manchester City, Tijjani Reijnders mengakui nasi goreng menjadi hidangan kegemaran beliau sehingga hari ini.

Perkara ini dinyatakan pemain berdarah Indonesia-Belanda itu apabila ditanya tentang hidangan yang menjadi pilihannya semasa kecil.

“(Saya mendapat nasi goreng) daripada nenek saya. Dia buat (nasi goreng) yang terbaik,” katanya kepada Adam Carruthers untuk Stadium Astro.

Reijnders turut memaklumkan meskipun neneknya menghasilkan pelbagai hidangan lain, nasi goreng tetap menjadi pilihannya.

“Oh, tidak. Bukan setiap minggu sebab dia ada banyak hidangan lain. Tetapi nasi goreng tetap jadi pilihan saya.

“Malah, ibu saya juga membuat nasi goreng dan ia memang sedap,” ujarnya.

Reijnders merupakan rekrut baharu City bagi menghadapi kempen musim 2025/26. Beliau menyertai The Citizens dengan yuran perpindahan £46.5 juta (RM266 juta) dari AC Milan.

Reijnders sudah membuktikan nilainya apabila menjaringkan gol buat City ketika menentang Wolverhampton Wanderers baru-baru ini. Beliau membantu pelawat membelasah Wolves 4-0.

Bekas pemain tengah AZ Alkmaar itu cukup dikenali peminat bola sepak Indonesia. Ini kerana beliau merupakan abang kepada pemain Indonesia, Eliano Reijnders.