Kerapuhan Pertahanan Perak Buat Penyokong Bimbang
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Selepas tunduk 4-0 kepada KL City FC pada minggu lepas, kekalahan tersebut bukan saja memperlihatkan tahap Perak FC di bawah bimbingan Yusri Che Lah. Malah, itu menunjukkan skuad Seladang gagal meraih rekod tanpa bolos dalam percubaan ke-17 dalam liga musim ini.

Kali terakhir The Bos Gaurus merekodkan perlawanan tanpa bolos ialah perlawanan menentang Kuching City FC pada 12 Mac lalu.

Ketika itu, Perak dibimbing bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich, Datuk Lim Teong Kim. Dua gol yang dijaringkan penyerang Korea Selatan, Seo Seun-ung sudah cukup menjamin kemenangan di Stadium Perak.

Advertisements

Sejak itu, The Bos Gaurus bergelut mencari rekod tanpa bolos baik dalam Liga Super, Piala FA mahupun Piala Malaysia. Dan walaupun Perak mula bangkit di bawah bimbingan Yusri, kerapuhan pertahanan Perak terus merungsingkan ramai penyokong.

Mengikut statistik liga, Perak dibolosi 47 gol musim ini. Ini menjadikan mereka pasukan ketiga paling banyak dibolosi selepas Kelantan FC (87 gol) dan Kelantan United FC (53 gol).

Advertisements

Keadaan ini berlaku disebabkan majoriti pemain Perak musim ini ialah pemain muda yang belum mempunyai pengalaman. Selain itu, kesilapan-kesilapan individu yang mudah termasuk hilang fokus turut menyebabkan pertahanan Seladang senang dibolosi pihak lawan.

Dengan Perak ketika ini menduduki tangga ke-11 liga, Yusri perlu memastikan pertahanan mereka tampil lebih mantap bila mereka turun menentang Sabah dalam aksi suku akhir Piala Malaysia pada 15 September ini.

Advertisements

Ini kerana rekod tanpa bolos bukan saja memastikan keputusan positif yang diraih Perak lebih selesa. Malah, ia akan memberi keyakinan kepada pemain untuk lebih konsisten selepas ini terutama dalam saingan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram