Ads
“Kes Ng Tze Yong Sangat Terpencil” – ISN
UltraSukan
BA Malaysia

Kecederaan melibatkan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong disifatkan sebagai kes yang jarang untuk berlaku.

Advertisements

Ng Tze Yong yang ditimpa kecederaan ketika beraksi di Petronas Malaysia Open pada awal tahun ini telah menjalani pembedahan sebelum ini bagi memulihkan keadaan pemain berusia 24 tahun itu.

Advertisements

Menurut Pakar Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Jasmiza Khuzairi Jasme, kes seperti Ng Tze Yong ini merupakan di luar jangkaan pihak ISN memandangkan pemulihan pemain tersebut menunjukkan perkembangan positif.

Advertisements
Advertisements

“Selepas pembedahan pertama, kita tengok pada awalnya ada perkembangan yang positif namun, selepas itu dia ada mengadu rasa tidak selesa di bahagian belakang, apabila kita lakukan ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) kita dapati ada ketulan air di bahagian belakang,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.

“Ini adalah satu perkara yang sangat jarang berlaku. Mengikut kajian, hanya satu kes berlaku dalam 2,000 pembedahan yang dibuat dan ia terjadi kepada Tze Yong pula. Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan kita.”

Advertisements

Tambahnya lagi, disebabkan oleh status Tze Yong yang merupakan atlet negara, pihak ISN terpaksa mempercepat proses pemulihan dan menjalankan pembedahan bagi membantunya kembali ke gelanggang dalam tempoh terdekat.

“Sepatutnya tidak perlu pembedahan pun kerana ketulan itu boleh kecut dengan sendiri. Namun, disebabkan dia atlet, kita tidak mahu tunggu lama dan kita nak percepatkan proses pemulihan itu,” ujar beliau lagi.

Musim ini, pemain kelahiran Johor ini hanya sempat beraksi dalam dua kejohanan sahaja iaitu ketika di Petronas Malaysia Open dan Badminton Asia Team Championship di Shah Alam Februari lalu.

Advertisements

Disebabkan kecederaan yang berpanjangan ini, Tze Yong terlepas beberapa kejohanan penting seperti Thomas Cup, Malaysia Masters malah hasrat untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris terus terkubur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram