Kesetiaan Aidil Sharin Dipuji Penyokong, Kekal Bimbing Kedah Musim Hadapan
Transfer
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Walaupun berhadapan dengan pelabagai isu yang melibatkan tunggakan gaji, namun jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak kekal setia bersama skuad Hijau Kuning pada musim hadapan.

Jurulatih muda berusia 44 tahun ini bukanlah nama asing dikalangan penyokong Kedah apatah lagi beliau pernah membawa Kedah menjulang Piala FA pada tahun 2019 menewaskan Perak dengan keputusan 1-0. Dalam perlawanan itu Fadzrul Danel menjadi wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Pastinya tugas berbeza bakal digalas di bahu beliau apabila beberapa tonggak utama dikhabarkan bakal berhijrah ke pasukan lain pada musim hadapan.

Advertisements

Untuk musim ini, pastinya beliau boleh berbangga dengan pencapaian pasukan Kedah selepas menjadi naib juara Liga Super dan mara ke suku akhir Piala Malaysia sebelum ditumbangkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim yang kita akui mempunyai pemain-pemain lebih berkualiti dan berpengalaman.

Perkhabaran yang mengatakan Aidil akan kekal bersama Kedah telah disahkan oleh penyampai sukan dan juga pengacara Astro Arena, Hafizal Hamad di laman twitter miliknya.

Kesetiaan yang dimiliki oleh Aidil Sharin dipuji oleh pencinta bola sepak tanah air dan menganggap tahap kesabaran dalam diri beliau sangat tinggi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram