Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Khidmat dua penyerang muda berbakat negara, Luqman Hakim Samsudin dan juga Ahmad Harraz Azman mendapat kepercayaan jurulatih pasukan bawah 22 tahun negara, Brad Maloney untuk membarisi pasukan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun.

Advertisements

Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama pasukan Laos, Mongolia dan juga Thailand pastinya membawa misi yang cukup penting dalam usaha untuk memberikan yang terbaik dalam aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2022 dari 27 hingga 31 Oktober ini.

Baru-baru ini, kelibat penyerang muda yang berkelana di Belgium bersama KVK Kortrijk ini dilihat sudah mula mendapat kepercayaan jurulatih pasukan senior, Tan Cheng Hoe apabila beliau diletakkan sebagai penyerang utama ketika berdepan Uzbekistan.

Advertisements

Beliau menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan sepanjang 60 minit bermain dan menunjukkan sisi kematangan dan keberanian beliau untuk mengawal bola serta melakukan serangan.

Selain itu, Luqman juga rajin untuk melakukan tekanan ke atas barisan pertahanan yang menyebabkan sesekali terpaksa mengeluarkan bola untuk mengelakkan risiko.

Advertisements

Seterusnya, seorang lagi penyerang yang menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan ialah penyerang projek FAM-MSN, Azhad Harraz yang memperagakan aksi yang sangat meyakinkan dalam saingan Liga Premier musim ini.

Beliau menjadi antara penjaring terbanyak pemain tempatan dalam saingan yang menyaksikan sebanyak 7 gol telah pun dijaringkan sepanjang 17 aksi beliau diturunkan.

Beliau juga membuktikan kemampuannya apabila menjaringkan 1 gol ketika berdepan Negeri Sembilan dalam satu perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Sungguhpun beliau terpaksa bersaing dengan pemain-pemain lain, kecemerlangan dua pemain ini pastinya ditagih oleh Brad Maloney dalam usaha menajamkan lagi barisan serangan negara yang bakal turun untuk menetang Thailand, Laos dan juga tuan rumah, Mongolia.


Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram