Ketajaman Memukau Romel Morales Bersama Kuala Lumpur City Jadi Bualan
Dunia
Kuala Lumpur City FC
Advertisements

Pemain import Kuala Lumpur City FC dari Colombia, Romel Morales pastinya menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air selepas mempamerkan aksi memukau dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.

Romel Morales yang baru berusia 24 tahun, telah bermain dalam 5 perlawanan Piala Malaysia musim ini dan sudah meledak 8 gol buat pasukan Kuala Lumpur City FC.

Kecederaan jangka panjang yang dialami oleh penyerang Mauritania, Dominique da Sylva dan penggantinya Kyrian Nwabueze ternyata memberikan satu peluang yang tak diduga buat Morales. Mana tidaknya, beliau diberikan peranan sebagai penyerang utama pasukan KL City seperti yang dikehendaki pengendali pasukan, Bojan Hodak.

Advertisements

Menjelaskan peralihan posisinya dari pemain tengah kepada penyerang, Morales akui terkejut apabila diminta oleh Hodak bermain selaku penyerang kerana beliau tidak pernah bermain di posisi tersebut sejak menjadi pemain bola sepak profesional.

“Saya ingat lagi semasa pertama kali jurulatih (Hodak) ada beritahu untuk bermain sebagai penyerang, saya memang terkejut kerana tidak terfikir akan bermain di posisi berkenaan.

“Kali terakhir saya bermain penyerang ialah semasa di peringkat sekolah dahulu dan untuk karier selaku pemain profesional, saya hanya bermain di bahagian tengah,” jelas Morales kepada Arena Metro.

Advertisements

Selain menjadi penyerang, Morales juga pernah diletakkan Hodak sebagai pemain sayap kanan dan juga pemain tengah menyerang.

Dengan kecemerlangan Romel Morales ini, pastinya beliau berpotensi untuk dinaturalisasikan selepas nama beliau berada dalam pemerhatian pihak FAM untuk proses tersebut apabila cukup 5 tahun beliau bermain di Liga Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram