Ketangkasan Khatul Anuar ‘Bunuh’ Harapan Trio Melaka United
Dunia
Melaka United FC
Advertisements

Aksi penjaga gol pasukan Penang FC, Khatul Anuar ketika menentang Melaka United berjaya memastikan mereka dapat mencuri satu masa pada musim ini.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu terus menjadi watak penting buat pasukan kendalian Tomas Trucha untuk meraih mata sulung dalam saingan Liga Super.

Khatul sebelum ini menampilkan persembahan yang cukup cemerlang ketika menafikan beberapa percubaan bahaya oleh pasukan JDT pada perlawanan pertama tempoh hari.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau juga terus konsisten untuk memberikan yang terbaik apabila sekali lagi menjadi tunjang buat pasukan pada perlawanan ini.

Khatul beberapa kali terpaksa melakukan penyelamatan terutamanya menerusi gandingan serangan import pasukan pelawat yang diketuai oleh bekas penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olesogun.

Peluang terbaik oleh Melaka hadir pada minit ke-52 apabila percubaan jarak jauh oleh pemain tengah Melaka United berjaya ditempis keluar dengan baik.

Advertisements

Selain itu, beliau sekali lagi menafikan peluang untuk pasukan kendalian Risto Vidakovic tatkala rembatan kencang untuk menggandakan jaringan terus dihalang oleh penjaga gol muda dan berpengalaman ini.

Sungguhpun begitu, beliau terpaksa akur apabila bola terbias yang tertampan oleh kapten pasukan, Latiff Suhaimi menyebabkan Penang FC terlepas peluang memperoleh kemenangan sulung musim ini.

Kecekapan Khatul dalam perlawanan penting ini telah memastikan bahawa pasukan dapat pulang dengan membawa 1 mata pada malam ini.

Advertisements

Kini, kedua-dua pasukan terus buntu untuk meraih kemenangan pertama pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram