Ketiadaan Penyerang Tulen Jejaskan Permainan Sabah FC
Liga Super
MFL
Advertisements

Susulan kekalahan 1-0 di tangan PDRM FC semalam, itu merupakan kekalahan ketiga Sabah FC dalam semua kejohanan. Bagi Nizaruddin Yusof, beliau melihat ketiadaan penyerang tulen di bahagian serangan menjejaskan rentak permainan pasukan itu.

Selepas penyerang kebangsaan, Darren Lok terpaksa diketepikan akibat kecederaan, pengendali skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee meletakkan kapten Baddrol Bakhtiar di posisi penyerang tengah.

Malangnya, percaturan tersebut kurang menjadi dengan banyak peluang gagal dimanfaatkan dalam tiga perlawanan tersebut. Bagi bekas penyerang Selangor FC itu, hal ini perlu diatasi Kim Swee termasuk mempertimbang Park Tae-su sebagai penyerang alternatif bagi mengatasi ketumpulan jentera serangan Sabah FC.

Advertisements

“Saya rasa Park (Tae-su) boleh bermain di situ. Sebab kita tahu dia merupakan penjaring paling banyak dalam pasukan Sabah (FC). Dia telah menjaringkan 12, 13 gol macam itu kan.

“Kalau hari ini (semalam) dia diturunkan lebih awal atau permulaan dalam perlawanan ini di tempat Baddrol (Bakhtiar), ada pergerakan yang baiklah. Ya, saya pun rasa dia ada pergerakan yang tajam sebagai penyerang walaupun kita tahu dia sedikit perlahan dalam jarak lima, enam meter.

“Jadi, tak salah nak gunakannya. Jadi, kalau sayalah, saya akan letakkan dia dari awal. Bila dia naik ke atas semasa second half, baru ada option yang banyak untuk pasukan Sabah (FC) melakukan serangan-serangan,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Liga Super PDRM FC-Sabah FC di Astro Arena semalam.

Advertisements

Pandangan Nizaruddin turut dipersetujui bekas jurulatih Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan. Begitupun, beliau melihat kelibat Tae-su sebagai pengganti jangka pendek untuk mengisi posisi berkenaan.

“Bagi saya, macam tadi Park Tae-su diletakkan di bahagian atas ialah disebabkan kes kecemasan. Yang penting sekarang, Datuk Ong (Kim Swee) kena cepat build dia punya team untuk mencari yang paling ketara selepas dua game kita perhati selepas Sabah (FC) main ialah kehilangan seorang pemain atas.

“Baddrol Bakhtiar ya kita tahu dia ada pengalaman tetapi dia tiada kredibiliti untuk duduk bermain di situ (untuk) membuka ruang. Saya pernah bermain di situ, pertahanan akan kawal saya ketat.

Advertisements

“Apa saya kena buat? Saya kena buka ruang untuk kawan-kawan. Jadi, intelligent players kena duduk di situ. Ya, dalam 10 minit terakhir, 2nd half kita boleh nampak dia letak Park Tae-su berkesan.

“Ini persoalan untuk Datuk Ong. Apakah dia boleh letak Park Tae-su jika pemain-pemain Sabah masih lagi cedera seperti Darren Lok tidak boleh turun bermain,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram