Ketibaan pemain Malaysia yang baru sahaja tiba di Qatar bagi menghadapi aksi Piala Asia 2023 menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air.
Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya menamatkan penantian selama 43 tahun untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij ini.
Para pemain negara telah pun berlepas ke Qatar awal pagi tadi dan sudah pun tiba di sana untuk melakukan persiapan rapi.
Setakat ini, Harimau Malaya hanya memiliki satu sahaja lawan iaitu pasukan ke-91 dunia iaitu Syria setelah Arab Saudi menolak pelawaan skuad negara bagi aksi persahabatan.
Antara perkara yang menarik perhatian penyokong negara ialah bas yang digunakan oleh skuad negara dengan warnanya dikatakan mampu memberi semangat luar biasa.
“Warna bas pun dah boleh naikkan semangat Harimau Malaya.”
Selain itu, ruangan komen di laman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dibanjiri dengan doa yang dipanjatkan buat skuad kebangsaan di sana.
“Semoga Harimau Malaya memperoleh kejayaan di Qatar.”
“Ayuh Malaysia, buat yang terbaik,” ujar Afrizan di ruangan komen.
Malaysia berada dalam momentum yang cukup baik dengan 26 pemain akhir telah disahkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi menggalas cabaran negara di Qatar.
Harimau Malaya akan bertemu Syria pada 8 Januari 2024 sebelum memulakan kempen berdepan Jordan pada 16 Januari 2024 jam 1:30 pagi.