Kevin Mendoza Dikaitkan Ke Persib Bandung
Transfer
KL City FC
Advertisements

Selepas Giancarlo Gallifuoco, giliran rakan sepasukan beliau dari KL City FC, Kevin Ray Mendoza pula dikaitkan dengan perpindahan ke Persib Bandung.

Gosip perpindahan ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di X lebih sejam yang lalu.

Sekiranya gosip perpindahan ini menjadi realiti, Mendoza bakal bersatu semula dengan bos lamanya di KL City, Bojan Hodak.

Advertisements

Penjaga gol Filipina itu merupakan tonggak utama The City Boys sejak menyertai pasukan itu pada musim 2021.

Dalam tempoh tersebut, Mendoza membantu KL City menjulang Piala Malaysia (2021), naib juara Piala AFC (2022) dan naib juara Piala FA (2023).

Musim 2023 menyaksikan bekas penjaga gol AC Horsens itu membuat 16 penampilan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Dalam tempoh tersebut, statistik Transfermarkt mendedahkan Mendoza hanya dibolosi 19 kali dan memastikan gawang kekal tanpa bolos sebanyak dua kali.

Begitupun, gosip ini menimbulkan persoalan tentang siapa pemain import yang bakal dilepaskan Pangeran Biru bagi memberi laluan kepada perpindahan ini.

Ketika ini, Persib memiliki Nick Kuipers (Belanda), Levy Madinda (Gabon), David da Silva (Brazil), Alberto Rodriguez (Sepanyol), Daisuke Sato (Filipina) dan Ciro Alves (Brazil) sebagai awang import mereka.

Advertisements

Selain duo KL City itu, Avineshwaran sebelum ini turut melaporkan Persib Bandung menaruh minat terhadap bek tengah Sabah, Gabriel Peres seperti dilaporkan MakanBola Indonesia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram