KFA Anjurkan K-League, Liga Bola Sepak Komuniti
Dunia
FA Kedah
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengumumkan bakal menganjurkan liga bola sepak komuniti pada tahun hadapan. Pengerusinya, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata pihak KFA dan beberapa penaja telah bersetuju untuk menggelarkan liga tersebut dengan nama ‘K-League’ 2022.

“Dalam Kongres KFA Kali Ke-46 2021 yang berlangsung sebentar tadi telah diputuskan akan menganjurkan beberapa liga tempatan yang diberi nama ‘K-League’ 2022 dan telah dipersetujui oleh Ahli-Ahli Gabungan KFA.”

Menteri Besar Kedah itu turut berkata, sebanyak enam piala akan dipertandingkan dan liga ini telah dipersetujui oleh beberapa syarikat-syarikat besar yang turut sama menawarkan diri sebagai penaja.

Advertisements

“Sebanyak enam piala yang akan dipertandingkan dalam ‘K-League’2022 ini iaitu Piala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Piala Menteri Besar, Piala KFA, Kedah Grassrood League Bawah 12 Tahun, Liga Futsal Kedah dan Langkawi International Bisoocer.”

“Saya telah berjumpa dengan beberapa penaja dan beberapa syarikat besar yang telah bersetuju untuk menaja liga tempatan yang akan dimuktamadkan beberapa hari lagi.”

Menurut hantaran daripada Warta Kedah, Sanusi berkata sedemikian pada majlis Kongres KFA Kali Ke-46 2021 Persatuan Bolasepak Kedah di Wisma Darul Aman. Tambah Sanusi, penganjuran ini akan memberi fokus dan nilai tambah kepada kemajuan liga bola sepak Malaysia.

Advertisements

“KFA akan memberi fokus kepada liga tempatan manakala pasukan yang akan bertanding di peringkat Elit, MSL dan juga Piala Malaysia akan diuruskan oleh KDA FC, jelas Sanusi.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram