Dunia
fahmiapexs
Advertisements

Kalah menang adat permainan namun kritikan dan hentaman pasti akan timbul selepas kekalahan menimpa pasukan. Itu yang terjadi kepada penjaga gol berpengalaman Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek.

Pemain berusia 32 tahun itu menampilkan aksi cemerlang bersama Melaka United musim ini dan berjaya membantu pasukannya mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 melalui agregat.

Pasukan KL City berjaya menyempurnakan semua sepakan penalti manakala Giovane Gomes tidak berjaya menyempurnakan sepakan penalti buat Melaka sekaligus menghadiahkan kemenangan buat KL City dengan keputusan 5-3.

Advertisements

Dalam penentuan sepakan penalti, Apek tidak berjaya menyelamatkan satu pun sepakan penalti. Dan segelintir penyokong dikhabarkan menghentam beliau apabila dikatakan tidak bagus dalam menyelamatkan penalti.

Beliau yang juga menjadi kapten pasukan agak terkilan dengan hentaman-hentaman yang dilemparkan terhadapnya. Memetik muat naik di instagram story miliknya, Apek berpendapat bahawa dirinya tidak bagus untuk segelintir penyokong Melaka yang menghentam beliau. Selain itu beliau mengandaikan bahawa mereka perlukan Gianluigi Donnarumma untuk menghadapi penentuan sepakan penalti.

“Terima kasih la penyokong. Penalti aku tak bagus untuk korang (penyokong yang menghentam beliau) mungkin korang nak Donnarumma kot,” luah beliau.

Advertisements

Dalam masa yang sama, beliau menghargai sokongan penyokong Melaka United yang sanggup menyokong sehingga tamat perlawanan dan menganggap tiada rezeki Melaka United tahun ini.

“Yang mana sokong sampai akhir tu, korang memang ‘the best’. Tahun ini tiada rezeki dengan ‘keeper’ tak bagus penalti pula kan.

instagram Story Apek Khairul Fahmi Terkilan Selepas Dikatakan Tidak Bagus Dalam Menyelamatkan Penalti
Kredit : instagram story Khairul Fahmi

Walaupun tewas, Apek tetap berbangga dengan pasukan Melaka yang tidak diletakkan sebarang harapan sebelum ini namun boleh mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia.

Advertisements

Untuk musim hadapan, desas-desus perpindahan Apek bertiup kencang apabila beliau dikhabarkan akan berhijrah ke Sabah FC untuk berada di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee bersama beberapa pemain bintang yang lain seperti Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram