Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Pertahanan berpengalaman pasukan Melaka United, Khairul Helmi Johari atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Keon’ difahamkan tidak lagi menjadi sebahagian daripada keluarga Melaka United pada musim hadapan.

Bekas pertahanan pasukan Kedah ini merupakan antara salah seorang pemain yang menjadi tunjang pasukan sehingga berjaya membawa Melaka United ke separuh akhir Piala Malaysia pada musim ini.

Namun begitu, pertahanan berusia 34 tahun itu menjadi salah seorang pemain yang dilepaskan setelah laman rasmi pasukan mengumumkan bahawa seramai 11 orang pemain yang bakal meninggalkan pasukan menjelang musim baharu.

Advertisements

Sungguhpun pengumuman itu sudah rasmi, beliau ada memuat naik satu hantaran semula daripada hantaran di laman rasmi pasukannya itu sambil menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang keputusan tersebut.

’Nasib follow fb dan IG, tidak tak tahu deh. Terima kasih semua dan sehingga kita berjumpa lagi.’

Beliau yang menghabiskan perjalanan kariernya bersama pasukan Kedah Darul Aman FC sebelum membuat keputusan untuk menyertai pasukan Melaka pada tahun lalu.

Advertisements

Dalam saingan Liga Super musim lalu, Khairul Helmi hanya beraksi sebanyak 8 kali buat Melaka dengan kehadiran pemain import dan juga pemain-pemain lain yang mampu untuk mengisi kekosongan tersebut menyebabkan beliau kurang mendapat tempat.

Respon beliau mendapat reaksi yang pelbagai daripada para penyokong yang mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk meneruskan karier beliau dalam kancah bola sepak tempatan.

‘Goodluck kapten, semoga ada rezeki di tempat lain,’- komen oleh Khairul Anuar Roslan pada hantaran tersebut.

Advertisements
Melaka Khairul Helmi ‘Terkejut’, Bukan Lagi Pemain Melaka United
Facebook: Khairul Helmi
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram