Ads
UltraSukan
Khairy Jamaluddin

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berpandangan Malaysia perlu merebut peluang besar dalam acara e-sports.

Advertisements

Ini kerana acara ini dilihat mampu menambah prospek pingat yang boleh dimenangi negara di temasya-temasya besar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Advertisements

Biarpun sukan fizikal seperti badminton dan basikal trek terus menjadi sandaran pingat kontinjen negara, Khairy melihat perkara ini patut dipertimbang sebaik-baiknya.

Advertisements

Advertisements

“Dan mereka yang menang e-sports ini daripada China yang dapat pingat emas pertama (dalam acara e-sports Sukan Asia), mereka pemain e-sports profesional yang digajikan oleh Tencent.

“Kalau tak silap Arena of Valor ini dicipta oleh syarikat Tencent. Mereka memang pemain e-sports profesional.

Advertisements

“Jadi, saya nampak saya tak tahu satu hari nanti dalam Sukan Olimpik, akan ada banyak perubahan. Saya harap sukan fizikal kekal tetapi saya bersikap terbuka (dengan hal ini).

“Saya terbuka dengan perkembangan terbaru dalam e-sport,” katanya dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap.

Advertisements

Pasukan e-sports negara sudah meraih masing-masing satu pingat perak dan satu pingat gangsa untuk Sukan Asia 2023. Mereka meraih pingat perak untuk acara Arena of Valor dan gangsa untuk DOTA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram